بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat
petang saya ucapkan kepada semua pemabca saya. Baiklah, pada petang ini, saya
mahu berkongsi satu situasi yang baru sahaja berlaku ketika satu mesyuarat
bersama sebuah organisasi yang saya sertai. Apa yang saya ingin kongsikan di
sini, majoriti daripada kami ialah
golongan pelajar yang sama umur dan dan semester. Pada kebiasaannya,
kami akan berbual sama seperti orang lain berbual. Apa yang menariknya,
menyuarat akan kami mulakan pada dua petang. Sebelum mesyuarat bermula, bahasa
yang kami gunakan adalah bahasa yang tidak formal seperti menggunakan ganti
nama diri aku dan engkau serta penggunaan dialek yang pekat.
Sebaik
sahaja pengerusi mesyuarat menyatakan mesyuarat akan dimulakan, secara
automatiknya kami semua akan menggunakan bahasa yang standard yang biasanya
digunakan dalam mesyuarat. Kami semua merupakan orang yang sama yang
berbual-bual mengunakan bahasa yang tidak formal sebentar tadi tetapi sekarang
menjadi seorang yang menggunakan bahasa yang formal. Apa yang menyebabkan kami
semua mengubah penggunaan bahasa kami menggunakan bahasa formal kerana situasi
kami yang sedang bermesyuarat. Paling ketara adalah penggunaan kata gandi diri
dari aku kepada saya dan engkau kepada anda. Dapat dilihat dalam masyarakat
kita sendiri, semua orang masih lagi menghormati majlis mesyuarat kerana kita
masih lagi menggunakan bahasa formal sama ada mesyuarat di peringkat kecil mahupun
peringkat besar.
Bagi situasi yang saya hadapi dalam mesyuarat
saya, saya berbangga kerana bahasa formal yang sebenar masih dapat dikekalkan
dalam mesyuarat walaupun kami daripada golongan pelajar yang masih lagi ramaja
dan mempunyai bahasa sehari-harian kami yang agak tunggang-langgang. Menghadiri
banyak mesyuarat secara tidak langsung telah membiasakan saya untuk menggunakan
bahasa yang betul ketika saya berhubungan dengan orang lain. Justeru, saya
berharap para pembaca juga mampu mengamalkan untuk bertutur dengan bahasa yang
betul dan berusaha memartabatkan bahasa Melayu.
Sekian,
terima kasih. Salam permisi daripada saya.
No comments:
Post a Comment