بسم الله
الرحمن الرحيم
Assalammualaikum buat semua pembaca. Ucapan salam sejahtera juga kepada pembaca yang bukan Muslim. Sebagai pembuka tirai blog saya, saya akan berbicara mengenai “cinta”. Pada pendapat saya, cinta itu luas skopnya. Jangan pernah berhenti untuk menyintai sesuatu. Mengapa? Hal ini kerana dengan cinta, kita mampu melakukan apa-apa sahaja, dengan izin Allah swt. Perkara ini sama juga dengan niat saya membuka laman blog ini, nawaitu mahu berkongsi apa-apa sahaja ilmu yang dimiliki. Sebenarnya sudah dua tahun lepas saya membuka laman blog ini, namun masih tiada kekuatan untuk saya berkongsi apa-apa yang bermanfaat di laman blog ini, tapi kini, saya berazam mahu "bercinta" dengan laman blog ini, mana tahu saya boleh memaksimumkan dan menajamkan lagi teknik penulisan saya. Sebenarnya, pernah juga saya berangan-angan mahu menjadi seorang novelis. Tetapi entahlah, mungkin masa yang tepat belum sampai lagi. Saya bukanlah insan yang hebat dalam berbicara atau tinggi ilmunya. Namun, sebagai hamba Allah, muslimah dan insan yang gemar dan “cinta” akan ilmu saya harus memanfaatkan blog ini sebagai medium untuk melangkah lebih maju lagi.
InshaAllah, dengan izin Allah swt, saya mahu meneruskan coretan dan bingkisan di laman blog ini. Saya berharap akan dapat terus menyebarkan apa-apa sahaja yang bermanfaat buat para pembaca pada masa akan datang.
~Jika kita selalu fikir akan masa depan, tapi jangan kita lupa akan 'hari esok'. ~
"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yang telah dilakukan untuk hari esok (akhirat).."[al-Hasyr 59:18-19]
No comments:
Post a Comment