بسم الله
الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada semua yang sudi membaca blog saya ini. Kali ini, saya mahu berkongsi
satu yang berlaku ketika saya baru pulang dari kuliah pada hari ini. Di rumah,
saya telah menghidupkan komputer riba saya dan melayari beberapa blog dan laman
sosial facebook bagi mengikuti
perkembangan semasa dan mencari maklumat mengenai tugasan.
Sedang
asyik melayari laman sosial facebook, saya terpandang akan satu
artikel yang berunsur jenaka yang berkaitan juga dengan pepatah-pepatah Melayu.
Artikel itu telah dikongsi oleh beberapa kenalan facebook saya pada dinding facebook
masing-masing. Pepatah yang telah diubahsuai itu diberi tajuk ‘Pepatah yang
telah dipatahkan . Antara pepatah tersebut adalah seperti berikut :
1) Biar putih tulang, jangan kuning gigi
2) Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
Entah
apa-apa yang mereka telah lakukan kepada pepatah Melayu ini. Sudah elok dan
cantik orang-orang dahulu mencipta pepetah tersebut tetapi anak muda pada hari
ini pula telah merosakkan pepatah tersebut. Suatu perkara yang amat
menyedihkan. Pada pandangan saya, kita tidak seharusnya mengubah suai
pepatah-pepatah tersebut kerana hal tersebut mencerminkan bahawa bahasa Melayu
tidak mempunyai nilai dan masyarakatnya pula tidak membunyai adab sedangkan
kita mengetahui bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.
Keadaan
menjadi lebih teruk apabila pepatah ini mula disebar melalui pelbagai medium
daripada media massa. Kesan masa panjangnya, bahasa Melayu akan menjadi bahasa
mainan semua orang jika tiada tindakan yang dilakukan bagi menyekat perkara
ini. Marilah kita sama-sama fikirkan masa depan bahasa kebangsaan kita ini. Diharapkan
kita tidak tergolong dalam golongan yang menjahanamkan bahasa ini.
“Bahasa Jiwa Bangsa”
No comments:
Post a Comment