بسم الله
الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada pembaca blog saya. Kali ini saya mahu berkongsi cerita mengenai satu
paparan yang terpapar di laman sosial saya, iaitu laman muka buku atau facebook. Peristiwa ini berlaku kala
saya mahu mencari sedikit informasi mengenai isu-isu semasa yang berkaitan
dengan bahasa ibunda.
Semasa memerhatikan
setiap status yang dikemas kini oleh rakan-rakan saya, mata saya tiba-tiba terpandang
kepada satu status yang ditulis oleh seorang sahabat lelaki saya. Statusnya tertulis
“what the hell ! I hate u girls ! I can
live without u!”. Status ini sangat kasar dan seeloknya tidak perlulah
dipaparkan di dinding laman sosial ini kerana akan memberi impak yang negatif terhadapnya.
Pada pandangan saya, sahabat
saya ini tidak seharusnya berkata sedemikian kerana kata-kata itu mempunyai
makna yang kurang baik, iaitu “celaka! Aku benci kau perempuan! Aku boleh hidup
tanpa kau!”. Dalam masyarakat Melayu,
perkataan itu merupakan satu kata kesat yang akan menyakitkan hati orang yang mendengarnya atau
melihatnya. Justeru, kita seharusnya bersabar dan berjaga-jaga dalam melakukan
apa-apa tindakan walaupun dalam keadaan yang marah. Kita harus peka dengan sensitiviti
masyarakat di Malaysia.
Situasi ini juga akan membuatkan
masyarakat mula memandang rendah terhadap diri kita kerana kurangnya adab dan
santun dalam berbahasa. Lebih-lebih lagi yang mengeluarkan perkataan tersebut
daripada seorang lelaki berbangsa Melayu yang terkenal dengan sifat ramah-tamah
dan berbudi bahasa. Hal ini secara tidak langsung telah mencalarkan imej
tersebut. Diharap kepada pembaca tidaklah melakukan perkara seperti di atas
demi menjaga meruah bangsa kita. Semoga kita dapat memuhasabah diri kita semua.
Sekian,
perkongsian saya pada hari ini.
No comments:
Post a Comment