السلامعليكم
Bertemu kembali
para pembaca sekalian pada minggu baru ini. Di permulaan hari minggu ini, saya
akan bercerita mengenai satu kejadian seluk saku yang berlaku di Kuala Lumpur usai
saya mahu pulang ke Tanjong Malim selepas ke Universiti Malaya. Saya mahu
bersiar-siar dan membeli-belah bersama-sama sahabat saya sebelum pulang ke bumi
murabbi ini. Dalam perjalanan saya dari kedai ke kedai yang lain, saya terlihat
dua orang gadis Muslimah yang baru keluar dari bit polis dengan wajah yang
muram dan sedih. Lantas saya ringankan mulut bertanya akan apa yang telah
berlaku. Kemudian, gadis tersebut mengatakan bahawa dirinya telah dirompak dan
sambil airmatanya gugur jatuh ke bumi. Beliau kehilangan semua wang tunai dan
kad pengenalan serta barang-barang peribadi dirinya, namun yang paling dikesali
ialah gambar allahyarham ayahnya itu. Beliau tidak menyedarinya dan ini pasti
kerja penyeluk saku. Beliau bernasib baik kerana dompet beliau ditemui tidak
jauh dari bit polis usai mereka membuat laporan polis. Dompet duit tersebut
kosong namun gadis tersebut berjaya menemui sekeping gambar allahyarham ayahnya.
Saya hanya mampu mengucapkan kata-kata semangat dengan menyuruhnya bersabar. Gadis
tersebut dan sahabatnya berlalu pergi dengan wajah yang sayu.
Berdasarkan keadaan di atas, saya dapat simpulkan bagaimana ciri seorang insan yang mempunyai ilmu dan kesabaran serta insan yang tidak mempunyai ciri tersebut. Tutur kata dan bahasa yang dilontarkan mangsa seluk saku tadi amat memukau saya. Beliau redha dengan apa-apa yang berlaku terhadapnya. Walau wajahnya kelihatan muram, tetapi beliau masih petah berbicara dengan menggunakan bahasa yang elok dan sopan, jauh sekali mencaci mahupun memaki penyeluk saku tersebut. Maka, tidak hairanlah Allah memudahkan urusannya dengan menemukannya dengan dompet duitnya, walaupun telah kosong, namun gambar allahyarham ayahandanya masih ada.

No comments:
Post a Comment