عليكم السلام
Khas buat tatapan umum para pembaca. Semoga anda berada
dalam lembayung rahmat Allah swt. Kali ini saya mahu berkongsi satu situasi
yang baru sahaja saya lalui. Bibir saya tidak lekang dengan senyuman jikalau
memikirkannya. Situasinya bermula ketika saya mula duduk untuk berehat
bersama-sama sahabat saya yang bernama Aminah dan Sumaiyah di pondok berhadapan
dengan kawasan kolam air panas. Kami membuat program dan berehat sebentar
sementara menunggu kedatangan bas untuk pulang ke universiti. Tiba-tiba datang
sekumpulan anak-anak kecil yang dalam lingkungan lapan hingga sepuluh tahun
bermain-main di hadapan pondok tempat kami berehat. Saya cuba menyapa mereka
dan berbual-bual kosong. Mereka bertanya saya dan sahabat-sahabat saya berasal
dari negeri mana, belajar di mana dan apakah cita-cita kami. Saya memberitahu
mereka bahawa kami bertiga akan menjadi seorang guru. Lantas, mereka bersalaman
dengan kami dan membuat gaya tangan ke dahi seperti gaya seorang polis
mengangkat tabik hormat apabila berjumpa rakan senior mereka dalam skuad polis.
Kami bertiga hanya mampu tertawa seraya menepuk-nepuk bahu anak-anak kecil
tersebut. Secara automatiknya, mereka menggelar kami dengan panggilan “cikgu”. Kala
bas sudah tiba, anak-anak tersebut menjerit sambil berkata “selamat tinggal
cikgu, jumpa lagi”. Saya berasa amat tersentuh dan berfikir sejenak, adakah ini
perasaan dan naluri seorang guru terhadap anak-anak muridnya kala sudah
mengajar di sekolah nanti? Saya hanya membiarkan persoalan itu berlegar di
ruang fikiran sambil melihat anak-anak tersebut melambaikan tangannya ke arah
kami dari luar bas universiti.
Baiklah, pembaca yang saya sayangi, situasi di atas membuktikan bahawasanya anak-anak kecil juga mempunyai rasa hormat terhadap orang yang lebih tua daripada mereka. Sikap ini wajar dicontohi dan diamalkan. Bukankah amalan hormat-menghormati amat digalakkan dalam hidup bermasyarakat? Jadi, marilah kita bersama-sama mengamalkannya.
Baiklah, pembaca yang saya sayangi, situasi di atas membuktikan bahawasanya anak-anak kecil juga mempunyai rasa hormat terhadap orang yang lebih tua daripada mereka. Sikap ini wajar dicontohi dan diamalkan. Bukankah amalan hormat-menghormati amat digalakkan dalam hidup bermasyarakat? Jadi, marilah kita bersama-sama mengamalkannya.
Saya sertakan juga ciri-ciri dan cara-cara untuk menghormati orang lain dalam kehidupan seharian kita. Jangan lupa baca dan amalkannya.
1. Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat.
2. Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain
3. Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain
Cara-cara mengamalkan budaya hormat-menghormati
1. Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain
2. Mewujudkan persefahaman dan kerjasama
3. Melatih dari supaya berkelakuan sopan
4. Menyedari hidup dilingkumi undang-undang
5. Melatih diri supaya tidak emosional
5. Melatih diri supaya tidak emosional
~Semoga berjumpa lagi~
No comments:
Post a Comment