السلام عليكم
Salam Jumaat
buat semua pembaca sekalian. Diharapkan kalian bahagia dan tenang lebih-lebih
lagi pada Penghulu Hari seperti hari ini. Baiklah, hari ini saya mahu bercerita
mengenai “DIALEK”. Saya bukanlah seorang komentator yang hebat untuk mengkritik
bahasa daerah negeri lain, tetapi saya hanya pemerhati yang sayangkan bahasa
ibunda kita. Atas urusan tertentu, saya perlu berjumpa dengan seorang hamba
Allah ini melalui sahabat saya yang datangnya dari negeri pantai timur. Kala berjumpa
dengannya, saya perlu berkomunikasi dengannya. Masalahnya, saya tidak berapa
memahami butir-butir bicaranya kerana beliau berkomunikasi dengan menggunakan dialek
negerinya yang sangat pekat sehinggakan saya terpaksa menyuruhnya mengulangi
butir-butir bicaranya. Nasib baiklah sahabat saya ini berasal dari negeri
pantai timur, maka dialah yang membantu menterjemahkannya.
Berdasarkan
situasi di atas, saya berasa perlu untuk
semua mahasiswa/i mencuba bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu standard. Hal
ini penting bagi usaha memartabatkan semula bahasa ibunda kita. Ia juga memudahkan
proses komunikasi antara individu yang berasal dari negeri yang berlainan.
Berikut
merupakan makna bagi perkataan dari negeri Kelantan yang sering digunakan dan
membuatkan saya sedikit hilang fokus ketika menemu bual individu tersebut:
1. Jolo
doh tu = betul dah tu
2. Kelik =
pulang
3. Timun =
tembikai
4. Saing
= kawan
5. Ambo =
saya
No comments:
Post a Comment