السلام عليكم
Assalammualaikum
dan salam sejahtera semua pembaca. Baiklah, hari ini saya mahu bercerita
mengenai insiden yang berlaku kepada saya pada tengahari tadi. Sewaktu ingin
membeli juadah makan tengahari, saya melalui kedai yang menjual produk
pelangsingan badan di hadapan kampus. Disebabkan tubuh saya yang berisi ini,
saya diberikan flyers mengenai produk
tersebut. Dengan senyuman, saya mengambil flyers
tersebut. Selepas membeli makanan di sebuah restoran, saya berniat mahu ke
bangunan Bitarasiswa untuk ke bilik gerakan bagi menyelesaikan tugas-tugas
kesetiausahaan yang masih terbengkalai. Saya melalui jalan yang sama seperti
sebelum membeli makanan tadi. Tiba-tiba saya ditahan oleh penjual produk
pelangsingan badan tadi dan dipujuk agar masuk ke kedai tersebut. Saya menurutinya.
Di dalam kedai tersebut, saya diberi dengan pelbagai pengetahuan tentang produk
kesihatan dan pelangsingan badan. Saya melihat testimoni pengguna-pengguna
sebelum ini. Si penjual juga tidak segan-segan membuka cerita dengan mengatakan
dahulu dia juga seorang yang berbadan besar, tiada dengan keyakinan diri dan
pelbagai lagi. Saya hanya tersenyum dan tidak lama kemudian meminta izin untuk
keluar keranan ada urusan yang perlu diselesaikan.
Berdasarkan keadaan
di atas, saya dapat melihat bagaimana penjual tadi menggunakan ayat-ayat yang
berunsurkan retorik pemujukan. Saya bakal cikgu bahasa Melayu, jadi saya faham
akan situasi tadi. Mengenai produk tersebut, saya akui keberkesanannya
berdasarkan testimoni tadi,tetapi saya masih belum mahu untuk mencubanya. Andai
saya mahu memperoleh badan yang langsing, saya lebih suka menggunakan kaedah
semulajadi, iaitu bersenam dan menjaga pemakanan. 
*Badan sihat,
otak cerdas.
No comments:
Post a Comment